Prakata: saya dan mama adalah orang yang sama. Mood yang menentukan watak sesuai pada setiap entry.
Next.
Percayalah,saya adalah seorang manusia yang belum lagi berjaya menghidupkan sebatang pokok kecuali bawang. Itu pun sebab nak bagi dia tumbuh pucuk untuk projek sains sekolah dulu.
Apabila duduk rumah bertanah,saya jadi memikir,harus menyimen sekangkang tanah tepi parking atau tidak.
Berkat semangat en suami,kami pun membeli rumput. Maknanya,ia menjadi tapak kekal,tak perlu simen hehe.
Pergilah kami ke nursery pokok. Mencari pasu dan pokok. Puas memilih,anak pokok limau kasturi yg jadi pilihan. Masa beli,dah ada bunga.
2 minggu berlalu. Kelopak bunga pun gugur ke bumi. Saya terpikir,lepas gugur kelopak then? Masa tu tak perasan apa2.
Tetiba satu pagi rajin lak membelek,selalu siram je kasi kenyang.
So baru teringat,lepas gugur kelopak,dia jadik buah laaa..haishh malu mak!
Tapi,sila ingat,bunga tu dah ada masa beli ye. Ntah la lepas ni nak tumbuh bunga lagi tadik ke tak, camni kene nyanyi2 la kan! Hihi
Sent from my BlackBerry®
No comments:
Post a Comment