Sekarang tengah rehat sekejap, sambil cuci mata baca blog.
Masuk cookblog ni, and suka baca entry ni.
Bagus betul servis hotel sana. Untuk berbuka mereka bg FOC siap deliver ke bilik.
Saya tak pernah lagi berpuasa luar negara. Tapi saya ada pengalaman tu di dalam negara.
Awal-awal kerja dulu, selalu kene outstation. Berpuasa dan tinggal di Hotel Seri Malaysia, Ipoh masa tu.
Untuk makluman,waktu tu hotel jenama ni je yang agak murah. Pernah menginap di hotel sama di Temerloh.
Masa tu baru lepas recession. Harus la semua kene jimat (baru kerja, nak komplen pon diam2 je haha).
Berbalik kepada berpuasa di hotel. Masa berbuka kami (ada sorang kakak join sekali so ada geng) akan carik kedai yang dekat dengan tempat berkerja. Lambat balik sebab masa tu standby sistem pasport. Time sahur sahaja, hotel tu bagi free tapi harus la gagah bangun tidur pukul 430am turun ke cafe. Dalam 5 hari gak duduk sana,itu lah aktiviti kami. Perasaan tak sabar nak balik tu toksah kata la.
Bila baca entry tu, cam best nye, mungkin juga hotel tu berbintang2.
Itulah nostalgia saya berpuasa luar dari rumah, saje share hehe.
okeh sambung kerja!
No comments:
Post a Comment