ya robbi, mana pegi nya la owner blog nih. Ish2
Sesungguhnya banyak kejadian perlu dilaporkan di sini.
Tarik nafasss...
Kita mulakan dengan majlis perkahwinan anak buah sulung saya. Mereka bernikah pada 31 Ogos, sanding pada keesokannya.
Ehh dah oke la plak hihihih
Proses menanda jari
Tangan makcik yang bzbody nak juga menanda
Proses berinai ni dibuat malam sebelum nikah. Pagi2 esoknya, saya dan mak pengantin pergi Chow Kit mencari bunga dan sirih untuk sirih junjung.
Sempat la belajar sikit2 cara2 menggubah sirih. Tapi boleh pulak lupa nak mengambik gambo...adoiii
Kanak-kanak riang ria
Petangnya, lepas asar, majlis nikah dimulakan. Alhamdulillah pengantin lelaki lafaz sekali sahaja ;D
Lupa nak sebut nama penuh pengantin. Tahniah Raihana dan Muzzammil!!
Majlis ni tak ada berinai. Jadi selesai nikah, makan, semua berehat sambil menunggu sanding esoknya.
Ibu dan bapa aka my brother pengantin perempuan
Tema adalah merah jambu dan hijau.
Makcik Pakcik dan cousins memeriahkan suasana hehe
Selesai majlis di rumah pengantin perempuan, sabtu depannya kami bertandang ke Tapah iaitu rumah pengantin lelaki. Yang menjadi sejarah adalah, sepanjang perjalanan, Haziq sakit perut. Keluar masuk tol mencari toilet. Syukur kami berempat sempat jumpa pengantin hahaha
alamak nampak separuh pulak anak dara sorang ni
Haaa baru nampak semua ;D
Selesai semuanya. Alang-alang dah sampai Tapah, kami pon selamba naik ke Camerona Highlands. Kebetulan Haziq nampak perut dia dah ok. Siap bagi pil chik kit tek aun tu. Di luahnya, pahit. Ler, sape suruh gigit dikk.
Next, 2 minggu kemudian, anak buah sebelah en somi bertunang. Rahimi namanya. Kami si makcik dan pakciknya pon berkonvoi ke Jalan Kebun, Kelang.
Tahniah Rahimi dan Nadia. Tahun depan jadik tau!
Legaaaa.....dapat jugak cerita kat sini.
Akhir kata, semoga semua berkekalan dan sejahtera hendaknya,amiin ;))))
Ada banyak entry lagi nak citer, sabo yekk
No comments:
Post a Comment