Sunday, May 22, 2011

Pengalaman menjaga anak berkhatan

Hello,I'm back hehe..

Tak lama lagi cuti sekolah. Mama tau 2 minggu cuti itu tak lama,tapi kalau ada yang ingin bersunat,insya Allah 2 minggu ni adalah sempat!

Hero sulung maMa,sudah bersedia untuk bersunat sejak darjah 2 lagi. Kami mak bapak yang sengaja melengahkan masa,kesian alasannya..
Jadi pada cuti hujung tahun lepas(darjah 3),kami sepakat mensunatkan Abang.

Yang menjadi masalah,maMa akan bercuti panjang pada krismas sehingga tahun baru(polisi majikan).
Nak ambil cuti awal macam tak berbaloi sebab cuti krismas pun tolak cuti tahunan *sigh*

Kawan maMa,mona memberitahu,ada 1 klinik di Puchong Utama,Klinik my Medik(sebelah domino pizza) menawarkan khidmat berkhatan menggunakan laser dan mengikut kata doktor,luka akan sembuh dalam 5 hari.

Kami dengan penuh keyakinan,memilih malam 22/12 sebagai hari 'korban'.

Pada malam itu, kami bawa Abang ke sana. Hanya Abang di dalam bilik rawatan,si Ayah mengikut maMa dan adik bersantap di domino, hehe.

Dalam tempoh 20-30 minit,proses tersebut selesai. Muka Abang memang cuak sambil angkat kain pelekat.
Tapi maMa tak nampak air mata atau mata merah,wahh berani Abang ni!

Doktor memberitahu, Abang tidak mengeluh atau menangis,cuma ketika proses hampir selesai,dia tanya doktor,bila nak habis..

Doktor pesan 2 perkara :
1) Jangan dibasuh dengan air gamat atau apa2,walaupun air garam,hanya bersih dengan air paip,alirkan hingga saki baki air kencing hilang.
2)Boleh makan ayam,kecuali seafood seperti udang,ketam sotong.

Kami tinggalkan klinik bersama ubat tahan sakit.

Kami patuh pesan no 1 itu, cuma no 2 tu, maMa hanya bagi Abang makan ayam selepas 7-8 hari. Mama masak ikan tenggiri/kurau/merah untuk Abang setiap hari sehingga hari ke 7.

Di samping itu,dari malam pertama,maMa bagi Abang sesudu madu. Ini maMa ikhtiar sendiri,semua sedia maklumkan yang madu amat bagus untuk sembuhkan luka.

Macam biasa, kami pasangkan tali untuk ikat kain pelekat,macam dulu2..

Orang-orang tua pesan,ibu tak boleh tengok luka sunat tu, jadi tugas Ayah melihat dan memantau hehe..

Tidak dinafikan,2-3 hari tu ada sedikit bernanah,walaupun sudah dibasuh bersih. Jadi pada hari ke 3 kami bawa Abang ke klinik untuk follow up.

Hasilnya,doktor berpuas hati. Doktor membersihkan nanah dan memaklumkan luka itu akan sembuh. "Dia dah boleh pakai seluar dalam ni.." biar betul doktor ni?!

Alhamdulillah,Abang boleh pakai seluar dalam selepas itu di samping mengingatkan dia supaya rajin membersihkan diri.

Tiada masalah selepas itu. Madu tetap diberi bersama vitamin. Sehingga hari pertama sekolah, Abang kata luka semua sudah kering.

Itu lah pengalaman maMa menjaga anak berkhatan. Dalam tempoh 2 minggu semua selesai dengan jayanya, syukur alhamdulillah ☺

Pesan Adik,"maMa,adik takmau sunat!" OK Adik,tiba masanya Adik akan sunat jugak!

Sent from my BlackBerry®

8 comments:

  1. Wahh cepatnye hari ketiga boleh pakai seluar.
    Senang je tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Azeni, sorry lambat reply..haah betul..mungkin semangat dia lain macam hehe

      Delete
  2. Berkhatan laser ke? Di mana ya berkhatan?

    ReplyDelete
  3. Assalam.. boleh tak nak tanya sikit? hari pertama or hari kedua lepas anak kencing, takpa ka alirkan air kat tempat jahitan tu?

    ReplyDelete
  4. Assalam.. boleh tak nak tanya sikit? hari pertama or hari kedua lepas anak kencing, takpa ka alirkan air kat tempat jahitan tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang boleh alirkan air ditempat jahitan..lepas tu pastikan kawasan tu kering.

      Delete