maaf entry ini cerita lama. tapi nak juga cerita sebab macam-macam hal hari itu.
dimulakan dengan acara Hazim pergi sekolah, ada sukan tahunan. nak dijadikan cerita, handphone a.k.a satu-satunya kamera tertinggal di rumah. pujuk si abang,kita ambil gambar di rumah la ya.
berjaya mama pujuk.
Hazim menang no. 2 untuk 4x50m dan ketiga untuk lari 80m. sprinter gak anak mama ni ;D. tak pe lah, janji dia suka.
kemudian, acara seterusnya,membeli basikal. itu hadiah ayah a.k.a 'birthday present' untuk Hazim. yang mendapat tempias adalah adik lah. tumpang hadiah sekali!!layan..
mereka sudah boleh berbasikal tanpa roda bantuan, tapi adik saja suka biarkan tayar bantuan membantunya.
macam mana mereka boleh bermain basikal di kawasan pejabat?tanyalah ayahnya, kerana kami menunggu sang ayah memotong rambut di situ...
No comments:
Post a Comment