maaf ye, dah lama tak berborak sensorang di sini. maMa punya vitamin M sungguh bermaharajalela.. dan sambil layan cerita Snow White di Disney Channel, terasa pula nak mengupdate.
ada satu kisah ingin maMa kongsikan di sini.
ia bermula dengan aduan si abang, "mama, abang tak nampak apa ustazah tulis kat papan hitam". mula-mula malas nak layan sebab dia ni kadang-kadang saja buat ayat penyata, tapi bila sampai tahap, "mama, arini abang takmo pegi skolah agama la", aikss..betul-betul serius kes kerabunan.
jadi, maMA pon terus melayari internet, mencari Hospital Pakar Mata Tun Hussein Onn.
maMA buat appointment, minta cuti dari bos dan pergilah kami anak beranak ke hospital itu.
kita boleh juga pergi ke sana tanpa membuat temujanji.
apa yang perlu dibawa adalah surat beranak si pesakit.
semasa sesi penetapan temujanji di telefon, maMa telah diberitahu supaya ke kaunter 30.
ini kaunter seterusnya. oleh kerana abang adalah golongan kanak-kanak, maMa telah dicadangkan supaya berjumpa Dr. Vijaya Mohan.
oleh kerana ini adalah hospital pakar kerajaan, maMa sudah bersedia dengan sebarang kelewatan.
jangan percaya di atas kerajinan si abang. ini hanya lah permulaan sahaja sementara menunggu panggilan.
Hazim telah diarah menjalani 2 jenis pemeriksaan :
1. VA
2. optometris(lupa sudah apa nama pemeriksaan ni)
VA itu adalah ujian mata untuk menyebut huruf/nombor di dinding.
sesi optometris ini maMa terasa betapa canggihnya doktor memeriksa mata abang dengan hanya menyuluh-nyuluh torch light ke mata abang. terus dapat mengagak power kanta cermin nanti. fuh! maaf tiada gambar ketika sesi ini kerana dilakukan dalam suasana lampu dipadamkan.
untuk sesi ini, bayaran adalah rm20.
setelah mendapat ujian dan power kanta cermin, barulah kami berjumpa Dr. Vijaya Mohan. peramah orangnya. siap mempromosi LASIK. terima kasih doktor, mahal kosnya hehe..
bayaran untuk sesi dengan doktor adalah rm55.
selesai aktiviti di sini, maMa terus ke IOI Mall buat cermin mata.
inilah gaya baru abang...
semoga kisah ini sedikit sebanyak membantu sesiapa yang ingin membuat pemeriksaan mata di sana.
jumpa lagi!
No comments:
Post a Comment