Tuesday, June 11, 2013

Almond Choc cookies

Hello peeps,
Weekend lepas saya terlebih rajin,serius amat terlebih.
Jumaat malam sabtu,saya buat sponge cake. Saje test baking skill,perasann.. Kek tu sy rasa sedap,lembut,tak manis. Cuma loyang kecik,kene buat 2 bekas,jadi tak nampak spongy dan tinggi. Nanti saya buat lagi lepas beli loyang besar, dengar tu,BELI...tu je le keje den :)
Pastu sabtu tengahari, keluarkan mr breadmaker,buat chocolate buns,resipi dari hanamemories. Sedap!Boleh buat lagi,nanti amek gambar.
Malamnya,saya keluarkan almond (potongannya macam julienne,tatau cemana nak explain hehe) dan Hershey's milk chocolate chip. Buat cookies!
Mudah saje(ececee), almond tu dalam 240gm(4 paket beli kat tesco). Pastu bakar sekejap dalam oven sehingga perang,jangan gelap sangat,bila makan dia agak rangup.
Choc chip tu dalam 150-160gm cairkan guna double boiler.
Akhir sekali,satu kan kedua2 bahan sehingga semua almond disaluti coklat.
Sudukan ke dalam mangkuk kertas dan sejukkan. Siap!
Biskut ni ada aura orang mesia jumpe salji,suka duduk dalam fridge,iklim sejuk hehe..
Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment