*Entry baru siap malam ni
Salam 9 Ramadhan,
Saya baru lepas berterawih di sekolah anak. Ada jemputan sempena solat hajat,yaasin dan terawih di foyer sekolah. Alhamdulillah nyaman dibuai angin yang lalu lalang di celah telekung. Saya mengaku dah lama tak terawih berjemaah. Last sekali terawih jemaah kt mekah thn 2006,bole?maklumla anak kecik,nk bwk xrasa sesuai nk pegi nanti bising,kene sumpah lak anak aku ni hehe..
Imam yang mengetuai solat tau ibu bapa dan anak2 harus bangun awal pagi esok. Alhamdulillah solat terawih 8 rakaat dan witr 3 rakaat dapat diselesaikan dalam 45 minit. Tiap 4 rakaat selesai,imam membacakan doa. Mudah untuk kami mengingati rakaat.
Kami dijamu dengan moreh. Saya tak dapat la tunggu lama,dapat ja bubur lambuk,saya pon chaloo.
Balik dari sekolah,saya siapkan apa2 yang patut untuk sahur. Sambil teringat zaman puasa masa sekolah rendah.
Arwah ayah tak pernah paksa puasa. Dia tekankan solat. Seingat saya,darjah 3 atau 4 baru dapat puasa penuh. Pernah masa darjah 2, 1st day puasa, saya 'melepek',buka minum air,saya tertidur sampai sahur,kekekee. Terus ayah tak bagi puasa.
Tapi mak pandai. Oleh kerana tak puasa,saya di'pulau'kan duduk makan di tikar. Saiko tau tengok abang2 saya keliling meja dapat makanan best. Jadi,slow2 la belajar tahan lapar. Sahur musti makan.
Haishh kenangan lama...
Jumpa lagi!
Sent from my BlackBerry®
No comments:
Post a Comment