Monday, August 26, 2013

Selesai sudah

Alhamdulillah, tadi kami adik beradik berempat termasuk mak, pergi ke Pejabat Tanah KL. Kami ke sana untuk menguruskan harta pusaka tinggalan ayah. Abang sy no 2 yang menguruskan segala borang, bukti waris, thanks for that :)))
Bangunan tu terletak di JUPEM, Jalan Semarak. Bertempat di Tingkat 1, kami sepatutnya masuk pada pukul 10am. Rupa-rupanya, ade 2 kes lagi belum selesai, end up dalam pukul 11++ baru masuk.
Bercerita pasal harta pusaka adalah perkara sensitif sebenarnya. Masa mula-mula masuk tadi, sy dh cuak, jangan la tak sepakat. Dah la tak sempat bincang sangat, tau2 ja dapat surat dan disuruh datang. Mujur la pusaka ayah tidak lah berbilion, hanya ada rumah dan saham ASB. Bercakap pasal ASB, memang masalah sebab ASB tiada penama, Mujur pegawai ASB tu memberi cadangan, supaya memasukkan ASB tu sekali dalam tuntutan tanah.
Di dalam bilik perbicaraan, suasana di dalam seperti di cereka tv rasanya. Seorang pegawai(hakim) duduk di depan, lebih tinggi daripada kami yang duduk di hadapannya. hakim tu menyebut nama pewaris satu persatu, bagi mengesahkan kehadiran.
Mula-mula di suruh angkat sumpah, untuk berkata benar di dalam sesi itu. Kemudian, sesi soal menyoal dimulakan. Soalan2 hakim kadang kala mencemaskan. Sesekali sy terasa hiba. Rindu agaknya dengan ayah. Ada hikmah sesi ni dibuat selepas hampir 5 bulan, jadi perasaan sy lebih bersedia.
Kami sepakat mengagih sama rata, buka faraid. Hakim pesan, kalau bertelingkah, kena harung sesi ni sekali lagi, sehingga selesai. Pasti ada ongkosnya kan. Harap selesai dan tiada masalah selepas ni.
Oh ya, pembahagian harta ni, disertakan yuran. Ia bergantung kepada berapa taksiran harta tersebut. Lupa pulak nk snap pic tadik. Takpa tips sy, jika pergi ke mana2 pejabat kerajaan, rajin2 la baca newsboard di dinding tu. Sebabnya, kita tunggu lama, boleh la membaca sambil dapat info terbaru. Macam tadik, mereka tampal lokasi kawasan MRT yang tanahnya perlu diambil kerajaan.
Okeh, sy nak sambung kerja. Jumpa lagi!

No comments:

Post a Comment