Sunday, October 13, 2013

Pesanan mertuaku

Hello weekend,

Baru lepas terlelap. Tengahari tadi siapkan dadih 2 paket,dapat dalam 80++ bekas kecil. Isi penuh2 sebab malas. Hehe.
Semalam kami sambut belated birthday ayah mertua.‎ Masing2 bawa lauk, saya macam selalu beli indulgence cake. Maklum la tak pandai masak :)
Sebelum potong kek,ayah pecah rahsia.
Berusia 74 tahun, ayah memberitau‎ dia sedang menghadapi masalah buah pinggang kecut. Dia pernah kena heart attack 2x 10 tahun lepas. Doc cakap ni side effect, selain ayah yang suka makan petai dan jering. Terkejut jugak dengar,tapi saya percaya semua berdoa dalam hati. InsyaAllah moga ayah dan kami kuat menghadapi dugaan ni.
Selesai makan, borak dengan mak mertua. Alhamdulillah mak sangat baik dengan saya. 13 tahun kahwin dengan anak bongsu dia, saya bole bilang rasa kurang senang tu,jarang sangat. Dia pandai masak, saya belajar masak dengan mak untuk lauk kesukaan anaknya. Tipsnya, ikut saja kata2 mak. Pastu, kalau anak dia nak beli barang untuk maknya,jangan bantah. Tu semua rezeki mak yang Allah bagi melalui si anak. Kita ni dalam 20 tahun lagi pon akan jadi mertua. The cycle is there for us :)
Satu lagi, dia sempat pesan, muda2 ni jangan buat kerja berat2. Orang dulu2 mana ada mesin basuh, susu pon susah nak minum. Dia kena osteoarthiritis‎, lutut hilang rawan, sedih tengok dia susah nak jalan.
Dia citer gak semalam, doc takmo operate dia sebab dah lebih 70 tahun. Frust jugak dengar. Dia hanya makan painkiller dan buat fisio sahaja. InsyaAllah saya cuba cari alternatif untuk kurang rasa sakit tu.
Mekasih mak. Mak adalah mak saya jugak.

Sent from my BlackBerry 10

No comments:

Post a Comment