Assalam & hello :))
Mood tengah rajin update blog..
Terasa ingin menulis di sini bagaimana bersalin kali ni secara pembedahan.
Oleh kerana sy mengalami placenta previa type 3 jadi operate je lah option nya. Sy duduk hospital selama hampir 2 bulan. Doc berharap agar sy tidak kena emergency c-sect sebaliknya elective (ditetapkan tarikh). Jadi sy menjaga diri sebaiknya agar tidak mengalami tumpah darah.
Sepanjang duduk hospital, 2x sy melihat sendiri jiran sebelah aka 2 pesakit tumpah darah. Aduii banyak betul darah sampai ke lantai. Semua berlaku pada waktu malam. Tu lah risiko harus kami tanggung kalau berlaku tumpah darah. Memang kena duduk hospital untuk selamatkan nyawa ibu dan bayi.
Apa sy buat sepanjang duduk sana? Sy bawa 1 beg besar berisi buku. Memang kena bed rest tak boleh pergi jauh2 takat pergi bilik tv dan toilet ja. Duduk hospital kerajaan takde tv sendiri hehe so share2 la.
Hubby datang bawa makanan or buku baru dan bawa balik buku yang dah habis baca. Kalau anda bole menjahit, bawa la apa2 untuk sulam ke crosstich ke janji masa terisi.
Tiba masa ditetapkan iaitu di week 38 pregnancy. Sebaiknya week 38 agar baby kuat dan beso sket.
Owh lupa sy kena enjek 2x untuk kuatkan paru2 baby incase bersalin tiba2 b4 week 38. Sakit wooo...sabo je la demi baby.
Malam sebelum operation day, sy berpuasa dr pukul 12am. Doc akan pasang drip kat belakang tangan. Sy tak suka pasang ni sakit nye lahai sabo la lagii..
Besok pagi..sy siap2 subuh dan mandi awal. Nasib mandi awal sebab dalam pukul 7 camtu nurse dtg cucuk drip masuk air.
Nurse bagitau sy punya turn no 2 pagi tu. So pkl 8 sy dah siap2 tukar baju OT dan diberi ubat gastrik. Minum sikit je sbb kena puasa so minum utk telan ubat je.
Dalam pukul 830 sy ditolak masuk bilik menunggu OT. Sy tengok ada sorg patient dah ada menanti. Mebe dia 1st la kot.
Tak lama lepas 1st patient ditolak masuk OT, turn sy pulak. Berdebarnya Allah saja yang tau. Masuk bilik OT tu sejuknya ya robbi menggigil. Dah la memang takut..sejuk lagi..sabar2.
Sy tengok dalam bilik tu ada dalam 6 7 orang siap uniform hijau tutup mulut kepala semua. Ada sorg je lelaki yg lain semua perempuan. Yang nurse dok kira utensil yang baru dibukak dr bekas.
Mereka dudukkan sy utk dibius. Sy diberi bantal utk dipeluk namun badan harus tegak tak bergerak.
Mula2 doc enjek few times bius kt this 1 part kt bawah belakang badan sy. Mebe nak bg sy xrasa apa2 masa diorg nk masukkan bius kt tulang belakang. Agak sakit jugak sbb few times kan smp sy rs numb. Diorg test ty rasa tak..sy ckp tak..dan masa tu lah diorg enjek ke tulang belakang. Masa ni memang tak rasa apa2.
Tau2 ja slowly sy rs bawah badan sy kebas. Sy dibaringkan. Sy saja gerakkan both ibu jari kaki sy..still bole gerak masa ni. Sy ckp dgn nurse sy bole gerak kaki..nurse ckp haah nampak hahaa...dia ckp jangan risau belum operate lagi..ada la dalam 2 3 minit lps tu sy dah tak boleh gerakkan kaki.
Pada masa sama nurse dok pasang topeng oxygen kat mulut dan check blood pressure kat lengan. Sy dok risau takut doc dah start bedah..nurse tu pasan sy panic..nak tau apa dia cakap..katanya..puan jangan risau..doc belum pegang perut lagi..dan jangan panic..takut bp tinggi pastu masa operate nt darah memancut keluar..errkk..terus sy buat2 calm down hahaa..sabo je la kan..
Tak lama lepas tu,doc pun mulakan tugasnya. Dia ty sy..ada rs sakit tak..masa tu sy rs ada org pegang perut tp xsakit..so sy cakap la tak rasa apa2..and yes masa tu memang sy dah numb from pinggang smp kaki..sy langsung tak boleh gerak apa2.
Bermula lah operasi. Sy bau benda terbakar. Doc pakai laser agaknya..bau daging sendiri hahaa..
Tak lama pastu sy rs perut terbuai2..sy lega sebab tak sakit dan rasa terbuai2 tu ada la dalam 2 3 minit.
Tau2 sy dgr budak menangis..ya Allah anak aku la tu..macam2 rasa ada..nak nangis pun ya..2 bulan dok hospital kan tunggu dia hehe..
Sy dengar sekejap dan nampak sekilas je sebab nurse nak mandi dan buat baby health check.
Dalam menunggu baby, tiba2 sy rs mual nak muntah.. ya sy muntah masa tu..nurse dh siap bekas dan suction dalam mulut. Mebe sbb minum sikit utk telan ubat tadi agaknya angin tolak keluar.
Lega sikit lepas muntah tu. Masa ni la nurse letak baby kat dada sy..skin to skin.. 1st time jumpa baby..gembiranya syukur tak terkata..siap kira jari semua hai typical mummy betul sy ni hehe..
Kulit baby masa ni nampak merah kelabu mcm purple pun ada...konpius mata ni haha..takpe la nampak macam sihat..syukur sekali lagi..
Nurse ambik baby utk dipakaikan baju. Doc masih dengan tugasannya. Sy tengok jam kat dinding dalam sejam gak la siap. Pastu, doc ckp dengan sy ok dh siap...sy siap tanya ada blood transfusion tak..doc ckp takde..fuhh lega..
Alamak panjang sangat pulak entry ni..sy sambung part 2 ya..
No comments:
Post a Comment