Assalam..
Hari ni sy nak share bagaimana meneruskan penyusuan ibu semasa bekerja(Express Breast Milk EBM). Sejak jadik 'kilang susu' (sy tak marah, memang betul pun hehe), sy menjadik prihatin dengan apa sy makan. Walaupun ada yang kata bayi kat India takde masalah colic sangat padahal ibu makan benda berempah, sy cuba kurangkan. Kadang2 sy buat food testing, kalau 2 hari tu ok, then boleh la makan lagi hehee..
Seawal baby Zahran lahir, memang dah diajar menghisap dan nangis ja bagi terus. Untuk kurangkan jaundis, sy kejut baby setiap 2 jam, kadang tu dia nangis dulu haha.. Ahamdulillah, kuningnya berkurangan dan hilang selepas 2 minggu.
Tidur ? Haa yang ni kene la berkorban. Memang tak cukup tido la..Bole ke tidur siang ? Bole..cuma sy ambik nap ja dalam 10minit ke 1/2 jam. Consider power nap la sebab lepas tu rasa segar dan kurang penat.
Lepas 2 minggu, mak sy igtkan sy untuk ajar baby menyusu melalui botol. Sy rs macam awal lagi. Mak, tunggu sebulan boleh, mak ckp, haa nanti anak ko nangis takmo susu bila dah kerja baru tau!Erkk cuak jugak..Tapi sy stick to my decision to wait till he reaches 1 month.
Sy pakai Medela FreeStyle for EBM gadget. Sy akui double suction ni sangat efisien. Cepat dan membantu proses memerah berjalan lancar. Masa anak pertama sy pakai manual, anak kedua pakai Medela jugak tapi single pump. Yang manual tu ambil masa lama masa kerja. Nasib bos tak marah huhu.. Medela single pump memudahkan sebab boleh pki bateri atau elektrik. Tapi bila dah mencuba double ni rasa happy sangat sebab ia sangat membantu. Untuk sesiapa beranak sulung, tak rugi invest beli produk ni. Sy memang rekemen habis2an hehe..Sy tau ada produk baru nama dia Freemie, tapi sy tak pasti ni lagi bagus or tidak. Terpulang kepada ibu2 nk invest mana tapi konsep double suction ni sy memang puas hati.
Pada minggu awal perah, memang tak banyak, dalam 2-3 oz sahaja, lelama akan banyak berkat menyusu direct dan kita rajin memerah. So sy tetapkan setiap botol/ plastic bag tu sy isi 4-6 oz shj untuk setiap kali minum. Kalau 6 oz tu bole la buat 2x minum. Selesai perah, sy simpan dalam freezer. Setiap botol/ plastic bag tu sy label tarikh dan kali ke berapa sy perah. Contoh macam hari semalam 30/11 (1) means perah yg pertama, kalau (2) means perahan kedua so ikut queue lah dalam tu. Gitu cara sy :) :)
Sy perkenalkan puting botol sekali sehari dan selang 2 hari. Memang mula2 baby reject. Lelama dia terima jugak sebab lapar. Sy pki puting biasa normal neck, bukan pakai yg wide neck. Sy suka pki botol biasa ni sbb senang bole beli apa2 brand pon hehe, senang sket mak ko kendian hari :)
Lepas tu sy bg setiap hari 2x sampai sy kerja..
Dan tibalah masa sy mula bekerja..Dalam seminggu kerja tu, memang agak mencabar sebab nampak baby Zahran macam restless. Serba tak kena. Mujur my helper banyak sabarnya huhuu..susu minum tapi macam kurang umph agaknya mak takde..cian baby..Lelama dia dapat terima hakikat maknya keje..sabo la anak yaa..
Alhamdulillah hingga sekarang masih memerah. Adat la ada hari kurang hasil, kadang lebih. Berkat start memerah masa sebulan umur baby tu banyak membantu. Masa tu sy perah 2x sehari, so sebulan dapat banyak jugak stok. Trick nya, bila baby minum sebelah, sy perah sebelah.. bunyik mcm susah..tapi usaha la jugak.. tak cuba kita tak dapat hasil.
Supplement ? Ya sy ambil jugak. Sy amalkan multvitamins, vit C, calcium and B complex. Selang sehari sy ambik Habbatus Sauda. Orang kata masa perah tu jangan stress kena relaks, yes memang betul. Kena banyak sabar dan sy hadkan masa memerah tak lebih daripada 15-20 minit every session. Sy buat 2x waktu office hour dan sekali masa balik rumah. Maklum lah waktu kerja, kena la pandai2 atur masa. Selalu saiko diri, jangan stress kalau hasil sikit, doa banyak2 moga next session dpt banyak..begitulah selalu 'ritual' sy setiap hari bekerja :)
Ok jumpa lagi..
No comments:
Post a Comment