suatu ketika dahulu mama akui mama peminat tegar novel melayu. minat membaca novel ini bermula semasa tingkatan 3 kalau tak silap dan sejak dari itu, mama akan pastikan mama membeli sekurang-kurangnya 3 buah setahun. novel dari creative enterprise ketika itu amat popular(pada mama lah,hehe) sehingga mereka ada membuka kedai di The Mall (terkenal dengan Yaohan satu masa dahulu). sejak itu, mama akan pastikan kunjungan ke sana tidak akan bererti tanpa membeli walau sebuah buku.
minggu lepas, mama pergi Giant bersama bonda mama. tiba-tiba pandangan tertarik di suatu sudut..jualan buku creative enterprise!!mama buat-buat biasa saja, tidak mahu bonda mama rasa pelik, walaupun sebenarnya dia telah lama tahu akan minat anakandanya ni. pernah dulu dia menegur mama membaca novel sampai gelak sensorang di dalam bilik,nasib baik dia tidak menghalang.lagipun buku novel remaja,bukan buku dotdotdot..;D
mama suruh bonda pergi menelek-nelek baju blaus di 1 gerai, sementara mama terus selinap singgah gerai idaman mama, hehe.
logo ini meingingatkan mama akan kegilaan membaca GILA-GILA pada zaman sekolah
RM5,sambar!!
ini juga!!
hasil sambaran mama
mama adalah peminat kepada abdul talib hasan, ahadiat akashah dan beberapa nama lagi, lupa sudah. tapi mama tidak lah mengikuti hasil nukilan mereka ini sehingga kini. sesekali balik rumah bonda, mama akan buka semula novel2 nya untuk dibaca.
P/S : agak-agak ada lagikah gerai itu di Giant..boleh mama sambar lagi!!!!
No comments:
Post a Comment