mama ingin berkongsi info berkenaan penyakit lelah ini. anak mama yang sulung, Hazim, seorang penghidap lelah sejak kecil (untuk makluman, dia menghidap lelah sejak berumur 4/5 tahun, sudah besar,bukan semasa masih bayi). 1 info penting telah mama perolehi melalui seorang doktor setelah sekian lama menjadi pengunjung setia klinik (untung klinik ini,hehe), doktor di situ memaklumkan kepada mama secara tidak sengaja. dia bertanya, anak suka makan apa? mama memberitahu yang dia suka makan pisang.pada ketika itu anak mama tidak suka makan nasi. jadi pisang dan mee/spageti/mihun dijadikan pengganti,janji mengenyangkan.
terus dia maklumkan, kanak-kanak yang menghidap lelah, memang tidak digalakkan makan pisang. terkejut mama ketika itu. sungguh tidak menyangka pisang menjadi penggalak penyakit lelah.
sejak daripada itu, mama terus menghentikan pembelian pisang, tapi digantikan dengan buah-buahan lain. alhamdulillah, mama nampak kesan positif dalam tempoh 6 bulan pertama, dia sudah tidak perlu ke klinik untuk menyedut gas.
mama tidaklah menghalang anak-anak mama makan pisang. selepas setahun, baru mama berani membeli pisang, itupun sekali dalam 3-4 bulan.dan mama had kan pengambilannya.
klinik itu mungkin kehilangan pelanggan potensi setiap bulan. walaupun semua ditanggung syarikat,tapi yang penting, mama rasa sangat lega anak-anak mama terutama Hazim tidak perlu lagi menyedut gas.
harap ini dapat dijadikan panduan kepada rakan-rakan yang mengalami masalah serupa dengan mama.
No comments:
Post a Comment